Blog ini dihasilkan bertujuan untuk tugasan berkumpulan "Projek Kreatif" bagi subjek KPF3012 yang bertajuk "Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Huraian". Kumpulan kami merupakan kumpulan 18 (K)
Ahli kumpulan :
- Azfar Danial Lau Bin Abdul Muhaimin Izzuddin (D20211099346)
- Nur Alia Nadira Bt Ramli (D20211099357)
- Muhammad Iman Shafiq Bin Zulkarnain (D20211099356)
- Muhammad Nabil Hafiz Bin Abdul Halim (D20211100822)
Nama Pensyarah : Encik Abu Bakar Bin Yusuf
PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) atau dahulunya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu, "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercetus pada tahun 1979 setelah terbitnya laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan, berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan kesemua tiga ideologi negara, iaitu Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengambil berat tentang keperluan individu, masyarakat dan negara.
Dalam blog ini, kami akan menerangkan kajian kami mengenai sub topik yang telah diberikan kepada kami. Antara sub topiknya adalah :
- Kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.
- Menterjemah bentuk dan proses pendidikan bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Menjayakan keberhasilan pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Impak peranan guru ke arah mencapai matlamat pendidikan Malaysia
KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) mempunyai kepentingannya yang tersendiri terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Antara kepentingan tersebut ialah FPK menyumbang idea dan pandangan yang rasional. Seperti yang kita ketahui, fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada
pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan
berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara.
Selain itu, FPK adalah penting dalam mengubah sikap professional keguruan
seorang guru. Guru adalah tenaga ikhtisas di dalam
bidang perguruan. Mereka memainkan peranan yang besar dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan
berakhlak. Hal
ini sejajar dengan keadaan di mana para pelajar mestilah dididik menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi. Melalui FPK, guru akan lebih mengamalkan
kemahiran professional ini bagi membolehkan peranan mereka dilaksanakan dan
dicapai.
Di samping itu, FPK juga membolehkan para guru meningkatkan penguasaan bidang ilmu dan kemahiran. Guru perlu menguasai kandungan ilmu dalam
mata pelajaran yang diajar, mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan
perkembangan manusia serta berupaya
menjadi fasilitator yang baik. Hal ini akan menjadikan mereka berusaha
sebaik mungkin untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, ilmu
pedagogi dan sebagainya. Ini dapat membantu mereka meningkatkan
kemahiran yang ada pada diri demi meningkatkan prestasi masing-masing.
Seterusnya, FPK penting dalam menstruktur semula organisasi
institusi pendidikan mengikut keperluan semasa. Penstrukturan semula organisasi institusi pendidikan ini meliputi perubahan infarstruktur supaya supaya pelajar berpeluang mengembang
potensi secara menyeluruh dan bersepadu.
Sementara itu, FPK juga amat penting terhadapa perkembangan pendidikan di Malaysia kerana kewujudan kurikulum sekolah adalah selaras dengan FPK. Dalam konteks ini, perkara tersebut meliputi perubahan silibus
berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran
yang mengutamakan penerapan nilai murni, perubahan program
pendidikan yang seimbang dan harmonis serta reformasi pendidikan
peringkat pendidikan umum. Perubahan silibus
dilakukan untuk melatih kemahiran pelajar dalam vokasional dan teknologi.
Akhir sekali, FPK ini penting dalam meningkatkan lagi pembangunan insan. Berdasarkan kepada FPK, matlamat
pendidikan adalah untuk melahirkan manusia yang seimbang dan harmonis dari
semua aspek kemanusiaan. Maka di dalam pernyataannya terdapat unsur-unsur
penting yang berkaitan dengan pembangunan insan iaitu membangunkan intelek,
membangunkan rohani dan emosi serta membangunkan jasmani. Elemen-elemen ini penting disepadukan bagi
membangunkan insan agar tidak berlaku kepincangan kejadian terhadap makhluk
ciptaan Allah s.w.t. Ini telah dijelaskan oleh Tajul Ariffin
Noordin (1993) bahawa ketidakseimbangan elemen-elemen ini akan membawa kepada
golongan manusia yang pelbagai. Sebaliknya, pendidikan yang hendak
dihasilkan melalui FPK ialah satu golongan manusia sahaja iaitu manusia yang
bergelar insan terangkum padanya nilai-nilai murni sama ada aspek rohani,
emosi, jasmani dan pemikirannya. Kesemua elemen inilah yang menjadikan
manusia itu sebaik-baik kejadian (ahsanu al- taqwim).6
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting dalam perkembangan pendidikan di Malaysia kerana setiap struktur dan bentuk yang telah diterbitkan secara kritis oleh kerajaan dapat menjadikan negara Malaysia ini maju dalam sistem pendidikan dan selaras dengan negara-negara. Pendidikan yang diterima dan diajar oleh guru dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dan menjadi insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, semangat, emosi dan jasmani dalam mencapai visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
BENTUK DAN PROSES PENDIDIKAN BAGI MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1. Bentuk Pendidikan
Bentuk pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu pendidikan formal, pendidikan informal dan pendidikan nonformal. Pendidikan formal bermaksud pendidikan yang
dijalankan di institusi rasmi dan diajar oleh guru yang terlatih. Sebagai contoh bagi pendidikan formal ini adalah pendidikan
yang dilakukan di sekolah rendah,sekolah menengah dan universiti. Beralih pula kepada pendidikan informal, pendidikan ini ialah pendidikan yang dilakukan oleh ibu bapa dan ahli keluarga melalui asuhan di rumah dan anggota masyarakat. Contoh yang boleh dilihat bagi pendidikan informal ini ialah pendidikan dari segi
nilai dan etika yang diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak semasa berada dirumah. Seterusnya yang ketiga adalah pendidikan nonformal. Pendidikan nonformal ialah pendidikan
berterusan selepas peringkat sekolah. Pendidikan ini diajar oleh ahli masyarakat yang pakar. Contoh pendidikan nonformal ialah pendidikan dari segi
kemahiran seperti kemahiran membuat makanan dan kemahiran membuat
pakaian serta lain - lain.
2. Proses Pendidikan
Pendidikan boleh dibahagikan kepada beberapa proses. Proses yang pertama ialah usaha secara berterusan. Ini adalah usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memperoleh ilmu dari segi pengetahuan dan juga kemahiran yang sangat berguna kepada masyarakat masa kini. Pendidikan merupakan proses yang dilakukan secara berterusan kerana pendidikan mempunyai manfaat dari segi pelbagai aspek.
Proses yang kedua pula ialah proses mengembangkan potensi murid. Proses ini sangat penting bagi mencungkil bakat yang terpendam dalam diri murid-murid dan juga anggota masyarakat dari segi kokurikulum mahupun dari segi kurikulum. Contohnya, hari sukan yang dilakukan di sekolah adalah bagi mencungkil bakat murid-murid dari segi sukan dan memberi peluang kepada mereka untuk menyerlah di peringkat yang lebih tinggi.
Proses yang seterusnya ialah proses pelaksanaan secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan juga harmonis. Keseimbangan sangat penting dalam proses pendidikan bagi memastikan tiada individu yang diberi perhatian lebih dan tiada yang terabai dari proses pendidikan. Sebagai contoh, setiap warga pendidik mestilah bersikap adil dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain.
Selain itu, proses pendidikan yang lain ialah berpaksikan kepada tuhan. Kesetiaan kepada tuhan merupakan rukun negara yang pertama. Oleh itu, setiap individu mestilah sentiasa amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan pekerjaan mereka terutamanya kepada warga pendidik yang ingin menyebarkan ilmu kepada anggota masyarakat dan memberi manfaat kepada mereka.
Proses dari segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek merupakan salah satu proses pendidikan. Ini merupakan elemen potensi yang terkandung dalam kandungan falsafah pendidikan kebangsaan. Elemen-elemen ini perlu diterapkan dalam diri setiap murid bagi memperolehi manfaat yang lebih tinggi. Contohnya, dalam pembelajaran setiap guru mestilah mempraktikkan jasmani, emosi, rohani dan juga intelek dalam setiap pembelajaran yang diajarkan.
Kesimpulannya, bentuk dan proses pendidikan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi perkara-perkara yang menjadi panduan sistem pendidikan di negara kita pada hari ini. Ia melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan yang sentiasa dahagakan ilmu tidak kira peringkat umur sehingga ke akhir hayatnya. Pada zaman yang serba moden ini, pendidikan sudah menjadi satu keperluan yang mesti diberikan kepada setiap masyarakat untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan mencorakkan hala tuju pendidikan masa kini dan masa depan demi memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, menjadi hasrat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan bertamadun tinggi yang dapat menyumbang kepada kemajuan negara.
MENJAYAKAN KEBERHASILAN PENDIDIKAN YANG DIMAKTUBKAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Terdapat 3 bidang yang dapat menjadikan Pendidikan ini berjaya iaitu pembangunan insan, pembangunan sumber pendidikan dan penyelidikan dan pembangunan
Pembangunan insan bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Pembangunan insan ini merupakan salah satu usaha untuk melaksanakan keberhasilan Pendidikan kerana untuk menjalankan pembangunan insan ini perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti penyediaan kurikulum yang relevan dengan melakukan pengubahsuaian kandungan seiring keperluan zaman.
Pembangunan sumber pendidikan bertujuan menghasilkan sistem Pendidikan yang berkualiti. Sistem Pendidikan yang berkualiti ialah Pendidikan yang dapat menghasilkan keseimbangan dan harmonis kepada individu pelajar dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani.
Penyelidikan dan pembangunan pula merupakan satu usaha menyelidik untuk mencari jawapan kepada permasalahan dengan mentafsir dapatan-dapatan baru, membaharui teori dan membuat kesimpulan bagi penyelesaian masalah yang dikaji. Pendidikan sentiasa berubah, kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar juga berubah, kemudahan dan persekitaran pembelajaran turut berubah. Dengan itu, para pendidik ataupun guru seharusnya peka akan perubahan ini dan boleh menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Kesannya,murid-murid mampu berfikir secara
logik dan rasional, membuat keputusan dgn tepat, menyelesaikan masalah dengan
bijak dan berkomunikasi dengan secara berkesan. Murid juga dapat menyesuaikan diri dengan
kehidupan dan mampu menghadap segala cabaran dan rintangan dengan tenang dan
sabar. dan akhirnya dapat melahirkan individu yang beriman, patuh kepada tuhan
dan berakhlak mulia.
Kesimpulannya. sesungguhnya kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berfungsi sebagai panduan kepada para pendidik untuk terus produktif dan kreatif dalam melaksanakan aktivit pendidikan sama ada dalam bidang kokurikulum mahupun kurikulum. Pendidikan pada hakikatnya bermula dari ibu-bapa namun zaman moden ini, guru dilihat sebagai pendidik utama. Hal ini kerana memandangkan masa murid di sekolah labih banyak berbanding di rumah. Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadikan sistem pendidikan di Malaysia sebuah sistem yang disegani kerana ia menganjakkan diri ke kedudukan yang tertinggi iaitu universiti. Ia hendaklah sentiasa diletak di hadapan agar pendidikan negara akan terus gemilang melahirkan insan yang cemerlang dalam sebuah negara yang maju ini.
IMPAK PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA
Dalam usaha mentransformasikan pendidikan negara, tidak dapat dinafikan peranan guru adalah paling utama. Guru umpama berlian yang memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu bernilai. Peranan guru memberikan impak yang besar bagi membantu mencapai matlamat pendidikan Malaysia. Terdapat pelbagai aspek yang boleh dilihat daalm peranan guru bagi memberikan impak ke arah mencapai matlamat pendidikan Malaysia.
Aspek yang pertama adalah ketuhanan. Guru perlu menjadikan kerjaya guru sebagai satu ibadat dalam mendidik dan membentuk anak murid
menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Guru perlulah sentiasa berusaha untuk memberikan
ilmu yang terbaik dan sempurna seperti yang diamanahkan.
Aspek yang kedua pula ialah professional. Guru yang professional
merupakan guru yang tahu apa yang mesti dilakukan dalam menjalankan
tugasannya. Guru yang professional dapat menjadikan pelajarnya beroleh ilmu
yang terbaik.
Selain itu, aspek yang ketiga ialah pengajaran. Seorang guru perlu menguasai
pelbagai bidang seperti kemahiran, pengetahuan, bahasa dan nilai yang dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang. Kemahiran mengajar, komunikasi
dan pengendalian merupakan komponen utama yang perlu ada dalam setiap guru.
Seterusnya, perundingan. Perundingan ialah aspek yang keempat. Guru merupakan pemimpin dan
juga pembimbing yang dapat mendorong murid agar menjadi lebih maju ke hadapan. Guru perlu memastikan tiada
sebarang masalah mahupun halangan dalam kemenjadian seorang pelajar.
Di samping itu, aspek yang keenam iaitu aspek yang terakhir ialah penyelidikan. Guru perlu sentiasa meneliti segala perkara yang dilakukan oleh para pelajar terutamanya di sekolah mahupun bilik
darjah.
Kesimpulannya, dengan usaha yang bersungguh-sungguh menerusi transformasi bersepadu sudah pasti sistem pendidikan negara mampu mendepani cabaran yang sentiasa berubah pada abad kini. Sesungguhnya, keghairahan dalam meningkatkan kualiti pendidikan seharusnya menjadi slogan dan iltizam buat warga pendidik kerana pada bahu mereka adanya anak-anak murid yang mempunyai berbagai-bagai tahap kebolehan dan keupayaan dalam dunia persaingan di peringkat global. Harapannya, hasrat murni matlamat pendidikan dapat direalisasikan sebagai sistem pendidikan yang gemilang di dunia.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, jelaslah menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi unsur-unsur penting untuk difahami, dihayati dan diamalkan oleh setiap ahli masyarakat secara am dan secara khussunya oleh para pendidik. Matlamat utamanya cuma satu iaitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara harmonis dengan rakyat yang berilmu, berbudi dan berjasa. Sesungguhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwujudkan sebagai panduan kepada para pendidik untuk terus produktif dan kreatif dalam melaksanakan aktiviti pendidikan sama ada dalam bidang kokurikulum mahupun kurikulum. Pendidikan pada hakikatnya bermula dari ibu bapa, namun pada masa kini, guru dilihat sebagai pendidik primer memandangkan murid lebih banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah. Justeru, guru tidak harus memandang remeh akan panduan yang telah diberi kerana mereka adalah harapan untuk membimbing generasi ke arah kehidupan yang berilmu. Kesimpulannya, kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadikan sistem pendidikan Malaysia sebuah sistem yang disegani kerana ia menganjakkan diri ke kedudukan yang tertinggi iaitu universiti. Justeru, ia hendaklah sentiasa diletak di hadapan agar pendidikan negara akan terus gemilang melahirkan insan cemerlang dalam sebuah negara yang terbilang.
VIDEO PEMBENTANGAN
Disertakan di bawah video perbentangan bagi kumpulan kami bagi tajuk 4 "Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Huraian". Selamat menonton!
No comments:
Post a Comment